Monday, June 13, 2011

Sebuah Catatan dari Cameron Highlands......

SEMALAM, 12 JUN. 2011, AHAD;
ALHAMDULILLAH kami selamat sampai di Bangi setelah 3 hari 2 malam berada di Cameron Highlands kerana bertugas.
Kami berada di Cameron Highlands kerana diminta oleh Rumah Peranginan Persekutuan di Putrajaya untuk membuat penerbitan video berkaitan Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands. Haji Ismail yang menguruskan berkaitan penerbitan berkenaan dengan pihak Putrajaya dan Cameron Highlands.





Aku, sdr. Kamarul dan Jasril bergerak dari Bangi lebih kurang jam 11.00 pagi. Sdr. Kamarul terpaksa membawa keretanya kerana sudah agak terlewat untuk membuat tempahan kenderaan dengan pihak Kenderaan UKM. Kami bergerak melalui Tapah Perak. Di Tapah kami singgah untuk Solat Jumaat bersama jemaah lain di Masjid Kampung Batu sebelum menyambung kembali perjalanan ke Cameron Highlands.

....kaunter rumah peranginan....
......bilik biasa rumah peranginan.....

Tiba di Rumah Peranginan Cameron Highlands, Haji Ismail terus ke kaunter untuk bertanya berkaitan bilik penginapan kami. Namun pekerja tersebut mengatakan dia tidak mendapat apa2 maklumat daripada Putrajaya berkaitan bilik kami, oleh itu semua bilik telah diberi kepada penyewa dan kerana ini merupakan musim cuti sekolah, semua bilik telah dihuni. Difahamkan sebelum ini kami dikatakan mendapat dua buah bilik yang terdapat kemudahan Astro dan sebagainya. Dalam hati aku berkata '...inilah penyakit sebahagian kakitangan kerajaan yang bersikap sambil lewa...kalau tidak tentu kami tidak terjebak dalam masalah yang tidak sepatutnya berlaku ini....


Akhirnya, kami diberi sebuah 'bangalow banyak katil' untuk dihuni selama beberapa hari ini. Rakan sepejabat aku yang sedang bercuti ke Hong kong mengatakan aku 'show off' bila menulis kami tinggal dalam 'bangalow banyak katil'...show off pekebenda...kami tinggal dalam asrama dengan 30 buah katil, bayangkan 4 orang menghuni asrama 30 katil...seolah-olah kami berada dalam filem seram di mana terjaga di tengah malam sunyi dan kelihatan di katil2 yang lain katilnya berbunyi tetapi tidak kelihatan apa2 di atasnya....cuba bayangkan...karut....

Disebabkan hari sudah petang dan cuaca redup kami tidak dapat membuat 'shooting' di sekitar rumah peranginan tersebut. Hari ketika itu sudah pukul 4 petang lebih kurang. Waktu malam kami turun ke pasar malam Berinchang untuk membeli 'alas perut'. Ketika itu perut aku terasa sakit dicengkam Gastrik. Sebenarnya aku tidak menyedari pun aku diserang Gastrik. Waktu malam suhu terasa amat sejuk terutama waktu pagi dan malam, dikatakan suhu di sini antara 10 - 20 darjah Celcius. Tido pun pakai sarung kaki....baju tebal dan selimut turut digunakan...

Ramai jugak orang di pasar malam berkenaan, berjalan pun bergesel-gesel, tu yang aku tak berapa minat dengan pasar malam ni..... Setelah keperluan dibeli kami balik ke bilik dan sampai di tempat penginapan pada jam 9.00 malam. Sakit Gasrik aku masih mencengkam perut walaupun tablet gastrik telah aku telan...
Tengah malam aku terjaga dan tak boleh tidur...lihat katil2 yang lain, terasa amat seram....rakan lain semua nyenyak nampaknya...
Aku habiskan masa berjaga sampai hampir waktu Subuh tu dengan menulis skrip video berkenaan..

....shooting rumah peranginan....

Esok pagi iaitu jam 9 pagi hari Sabtu, kami membuat rakaman di sekitar rumah peranginan tersebut. Semuanya kami rakam mulai dari pintu masuk rumah peranginan hinggalah unit bangalow, bilik dan sebagainya. Sebenarnya rumah peranginan ini mengenakan kadar sewa yang murah, tu sebab ditempah penuh. Jam 10.00 pagi kami diminta ke satu lokasi lain di atas bukit untuk membuat rakaman Rumah Peranginan Resmi Persekutuan. Dari luar rumah tersebut kelihatan biasa jer, tapi bila masuk ke dalam, wah! cantek giler....tak sempat aku nak merakam foto kerana sibuk dengan rakaman video dan juga sibuk dengan menahan sakit gastrik yang mencengkam perut aku.


Kami difahamkan rumah resmi ini bukan untuk di sewa, ia dikhaskan untuk sultan-sultan serta kerabat mereka dan juga pegawai kategori JUSA ke atas. Ini bermakna kami bernasib baik dapat melihat setiap sudut rumah tersebut dimana orang biasa tidak dibenarkan masuk ke dalam. Terdapat ruang tamu, bilik tidur, bilik air, bilik mesyuarat dan sebagainya, semuanya kelihatan cantek dan mewah agaknya.... Keadaan dalam rumah berkenaan cantek dihias.

....unit bangalow rumah peranginan...
....rumah peranginan persekutuan.....

Pemandangan di sekeliling rumah peranginan resmi kerajaan tersebut amat cantik dan luas. Di sekitarnya ditanam dengan bunga-bungaan. Pemandangan ke bawah bukit juga cantek menghijau dan terdapat sebuah padang golf di bawahnya. Hampir semua yang berada di bawah boleh kelihatan......


Setelah selesai membuat rakaman di rumah resmi tersebut, kami menyambung semula rakaman di Rumah Peranginan di bawah yang boleh disewa oleh orang awam. Waktu tengah hari kami berhenti sebentar untuk berehat dan menghilangkan keletihan.

....rumah peranginan persekutuan......
...Rumah Resmi Kerajaan.....





Waktu petang kami membuat rakaman di sekitar Cameron Highlands untuk merakamkan lokasi-lokasi menarik yang dikunjungi oleh pelawat ketika berada di Cameron Highlands. Kami rakamkan Strawbwry Farm, Hotel Strawbwry Farm, Pekan Berinchang, pekan Tanah Rata dan sebagainya.






..........Hotel Strawbery Farm.............


...............Pekan Tanah Rata...................

Kami singgah di pekan Tanah Rata untuk minum petang. Kebetulah Haji Ismail secara tidak sengaja terjumpa dengan rakan sekampungnya. Maka tentulah bersembang panjang.













Dari pekan Tanah Rata kami kemudiannya bercadang untuk pergi ke puncak Gunung Berinchang. Sebelum tiba di puncak kami sempat membuat rakaman video ladang-ladang teh ketika dalam perjalanan ke Gunung Berinchang.....












Tiba di puncak Gunung Berinchang waktu sudah menunjukkan hampir jam 7.00 malam. Kami bergerak melalui tangga untuk melihat matahari terbenam dari atas menara tersebut.
Cahaya merah matahari terbenam amat cantik sekali, Maha Kaya ALLAH yang menciptakan alam ini, canteknya.

....puncak Berinchang.....
......puncak Berinchang.....

Kelihatan daunan yang menghijau pelbagai spesis tumbuhan, akar-akar yang bergantungan cantek di sana sini di pokok-pokok yang terdapat di situ, seperti karya seni nampaknya, cantek dan menarik...ditambah pulak dalam cahaya samar2 kekuningan waktu senja. Ketika berada dipuncak ini dirasakan cuaca amat sejuk sesangat atau sejuk giler....mungkin antara 10 - 20 darjah Celcius dan sukar jugak rasanya nak bernafas. Menurut sdr. Jasril dari pengalaman ketika dia mendaki dan tiba dipuncak Gunung Kinabalu tahun lepas, dia kata semakin tinggi kita mendaki, suhu akan berubah menjadi semangkin rendah dan oksigen semakin menipis dan kita akan berasa sukar untuk bernafas.


Dari puncak Brinchang ini kami dapat melihat bandaraya Ipoh yang kelihatan di kejauhan. Terdapat dua orang yang kami temui di puncak sana yang siap dengan khemah yang siap dipasang serta kamera ditangan. Mereka berdua berkhemah di situ untuk melihat sinar mentari mungkin mentari pagi dan petang. Sempat jugak berbual dan bertanya hal bersama mereka.
Hampir Maghrib kami pun mula bergerak turun ke bawah, terpaksa niat jamak takhir dan qasar disemat dihati kerana bimbang tidak sempat sampai di bilik penginapan 'bangalow banyak katil' kami.....

......ketika di puncak Gunung Berinchang......

Tiba di 'bangalow banyak katil' tempat penginapan kami, jam menunjukkan pukul 9.00 malam, sebelum itu kami sempat singgah di pasar malam Brinchang untuk mencari keperluan perut. Sakit Gastrik masih mencengkam perut, tak tahu apakah hikmah aku diserang sakit ketika di sini, adakah sesuatu yang tidak wajar telah aku lakukan...? ntah lahhh.


.....ladang teh berhampiran Bharata....

Hari Ahad, kami 'check out' jam 10.00 pagi untuk balik ke Bangi. Menurut maklumat yang baru didapati kalau balik melalui Ringlet, Raub, Bentung dan Karak, ia akan menjimatkan masa perjalanan.......

Dalam perjalanan balik ke Bangi kami singgah di Bharat Tea untuk menghirup secangkir teh di situ. Kami juga sempat merakamkan ladang teh yang wujud ditempat berhampiran.
Waktu dinihari semalam sempat juga aku menyiapkan skrip video berkenaan secara lebih teliti namun walau apapun skrip pasti akan dirombak kembali...itulah realitinya kerja menulis skrip untuk video. Dari waktu tengah malam hingga ke pagi aku memperhalusi skrip tersebut kerana aku sukar untuk melelapkan mata di dalam 'bangalow banyak katil' tersebut.
Ketika melalui pantai timur untuk pulang ke Bangi, rasanya tidaklah se'jimat' yang dikatakan...rasanya macam sama jer kalau ikut pekan Tapah Perak. Jalanraya pulak banyak yang sempit giler.....
Tiba di pejabat jam hampir pukul 4.00 petang, sakit Gastrik masih menghantui aku dan aku masih dicengkam kesakitan.....
daudmontakzakaria