Monday, May 23, 2011

Kinabalu..oh...Kinabalu...

HARI ini terima berita melalui internet iaitu FB salah seorang rakan se pejabat aku dah pun sampai ke Laban Rata iaitu pertengahan jalan untuk sampai ke kemuncak Gunung Kinabalu iaitu gunung yang KELIMA tertinggi di Asia Tenggara. Ia mempunyai ketinggian 4,095 meter (13,435 kaki) dari aras laut....hahahaha..aku cuma pernah daki di bawah 2000 kaki jer....
Seronok mendengar mereka dah sampai di pertengahan dan cuma setengah perjalanan lagi. Sebenarnya mereka merupakan dua orang kakitangan Penerebit UKM.


Syabas kepada mereka, harap mereka mampu sampai ke puncak.
Kalau anda berdua tidak lakukan sekarang, bila lagi? Akan datang bukan tentu anda mampu dan berdaya mendaki ke sana... salah satu daripadanya ialah faktor umur.

Aku sebenarnya juga ingin sangat mendaki Kinabalu tu, tapi rasanya mungkin tak mampu berbuat begitu kerana mungkin masalah kesihatan dan umur. Jika akau masih remaja(sekarang ni sudah muda...) tentu aku akan berusaha untuk cari peluang untuk mendakinya, sebab aku merupakan manusia yang sentiasa berfikiran positif.
Jadi untuk rakan-rakan aku yang dah separuh jalan nak sampai tu...kuatkan semangat ....fikir positif...daki sampai ke puncak....kalau tidak sekarang, bila lagi...???
Kalau aku salah seorang pendaki tentu aku akan rakam perjalanan aku tu dan sunting menjadi sebuah program video, tentu akan menarik untuk ditonton terutama oleh mereka yang belum pernah mendaki. Bukan semua mampu melihat ke bawah dari puncak Kinabalu. Tentu aku akan rakam panorama dari kemuncak ke bawah dan sebagainya. Akan ku rakam juga awan putih bak kapas yang mungkin telah ditenun oleh Usman Awang dalam puisinya.......("Akan ku tenun awan-gemawan menjadi selendang menudungi rambutmu").
Akan ku rakam jugak segala flora dan fauna yang wujud disepanjang perjalanan mendaki....akan ku rakam kabus yang membentuk titisan air di hujung daun yang akan berkilauan bak permata pabila terkena cahya mentari pagi...bukan begitu...? Namun segalanya cuma impian aku jer...........realitinya aku tetap di sini...jauh dari kaki Kinabalu.....

*khas untuk Arenim & Khaidir
* credit to google images.
daudmontakzakaria