Sunday, April 3, 2011

RuMaH PeRaNgInAn PeRaNgInAn PeRsEkUtUaN T. KeNyIr


Apabila beberapa lama tertunda, akhirnya video RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN TASIK KENYIR TERENGGANU dapat juga disiapkan. Sebenarnya video ini telah disiapkan awal dulu lagi namun pelanggan minta dibuat beberapa perubahan visual serta skrip. Mahu tidak mahu terpaksa juga disiapkan maklumlah ada ungkapan yang popular mengatakan 'THE CUSTOMERS ARE ALWAYS RIGHT....'

daudmontakzakaria

Festival Seni UKM 2011






















Malam tadi, 2 April 2011; kami telah membuat rakaman video Multiple Camera Production(MCP) Festival Seni UKM 2011 di DECTAR, UKM. Malam ini krew rakaman yang datang membantu dalam tugas membuat rakaman agak tidak mencukupi, namun walau bagaimanapun tugas tetap dijalankan. Program malam ini merupakan program berbentuk persembahan akhir pelajar yang mengambil bidang seni dalam ko kurikulum.
Malam ini mereka mempersembahkan pelbagai acara kesenia seperti rebana ubi, nasyid, gendang, kretuk, gamelan, tarian, persembahan nyanyian dan sebagainya.
Krew yang hadir malam ni ialah Shahrul, Hanamichi, Junior mastermind, syanana, yunus, hj. sulimi, ramli, watie, khaidir, wafie dan aku sendiri. Tugas berkenaan dapat dilakukan tanpa sebarang masalah. Terima kasih kepada semua krew. Malam esok ada lagi rakaman MCP majlis makan malam kolej ungku omar.
daudmontakzakaria