Tuesday, March 29, 2011

ICAF

Malam tadi, 28 Mac 2011; jam 8.00 malam, kami membuat rakaman video Inter College Art Festival di Panggung Seni, Dectar, UKM.

Macam biasalah, pemasangan peralatan bermula dari jam 6.30 petang waktu tempatan. Malam ini merupakan pertandingan teater antara kolej dalam bahasa Inggeris. Sebenarnya ada beberapa jenis kesenian yang dipertandingkan iaitu teater, band, seni tari dan sebagainya dipertandingkan dalam ICAF ini.
Malam ini krew boleh dikatakan cukup dalam memberikan bantuan mereka semasa rakaman ini. Muhammad Khaidir, Bukhari, Wafiy, Yunus, Hanim, Hasnah dan Hj. Sulimi hadir membantu kami malam ni. Jutaan terima kasih kepada mereka yang hadir, Tanpa anda siapalah kami..... Jangan lupa membantu kami di masa akan datang...