Thursday, February 10, 2011

Bengkel Premier Pro.






9 dan 10 Februari 2011; aku, sdr. Shahrul, Kamarul, Ruhaizad dan CT Suraya telah menghadirkan diri dalam Bengkel Adobe Premier Pro yang dikendalikan oleh Pusat Teknologi Maklumat (PTM). Bengkel selama dua hari tersebut telah di kendalikan oleh Pn. Dura. Walaupun aku pernah menghadiri bengkel seperti ini lebih kurang setahun yang lalu namun dalam bengkel kali ini juga aku memperoleh sedikit tambahan ilmu. Ada juga untungnya aku hadir bengkel ini sekurang-kurangnya ada jugak serba sedikit tambahan untuk galeri minda aku ini.

Dalam bengkel tersebut kami diajar menggunakan software Premier Pro dan kami juga telah diminta membuat suntingan video dengan menggunakan footage yang telah disediakan. Menarik juga bengkel yang aku hadiri ini dan terima kasih kepada Puan Dura kerana telah berkongsi ilmu dengan kami.......

daudmontakzakaria