Saturday, October 23, 2010

Bengkel Penerbitan Video di Tasik Kenyir, Trengganu.




Tasik Kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara. Ia terbentuk hasil pembinaan empangan untuk menjana kuasa letrik. Tasik Kenyir mempunyai keluasan 2,600 Km persegi dan mengandungi sejumlah 340 buah pulau-pulau kecil. Empangan yang dibina tersebut siap dalam tahun 1988. Jeti Gawi merupakan pintu masuk utama ke Tasik Kenyir. Ia siap dibina dalam tahun 1991.

Di salah sebuah pulau di sana iaitu PULAU SAH KECIL nanti kami dari Unit Audio Video, Penerbit UKM akan mengendalikan BENGKEL PENERBITAN VIDEO untuk kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia yang berminat untuk mengetahui cara2 penerbitan sebuah program video. Kami akan berkongsi pengetahuan kami berkaitan "Penerbitan Video Kamera Tunggal"(SINGLE CAMERA PRODUCTION) dengan para peserta. Pengetahuan yang akan kami kongsikan ialah FASA2 DALAM PENERBITAN VIDEO, SKRIP, PENGENDALIAN KAMERA, SHOT-SHOT serta SALINAN PENERBITAN KE BENTUK DVD. Bengkel berkenaan merupakan sebuah bengkel video yang asas.

Kami akan bergerak ke Tasik Kenyir esok, 24 Oktober 2010, jam 10.00 malam. Kami akan bergerak dengan 2 buah bas bersama lebih kurang 35 orang peserta. Krew Unit Audio Video yang akan ke sana ialah seramai 7 orang iaitu AKU, SHAHRUL FADLI, KAMARUL BAHARIN, JASRIL AMRY, RAMLI ADNAN, SITI SURAYA dan RUHAIZAD. Kami disertai bersama oleh Ketua Bahagian Multimedia sdr. HAZRUL ABD HALIM serta kakitangan Unit Foto sdr. HAJI ISMAIL IBRAHIM yang bertindak sebagai Pengurus Program, dan ABD. RAAI OSMAN. Di harapkan semuanya berjalan dengan baik dan sempurna tanpa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.....aminnnnnnnnnn....

daudmontakzakaria.