Wednesday, October 20, 2010

Kenyir...tunggu kami bertandang...




Antara 24 hingga 27 Oktober 2010;
yang akan datang, kami dari Unit Audio Video, Penerbit UKM akan berada di Tasik Kenyir untuk mengendalikan BENGKEL PENERBITAN VIDEO anjuran UNIT LATIHAN UKM dengan kerjasama PENERBIT UKM. Kami pergi kesana seramai 7 orang staf Unit Audio Video serta Ketua Bahagian, Sdr. Hazrul dan juga dari Unit Foto iaitu Ismail Ibrahim dan Abd Raai Osman.

Di sana nanti kami akan menunjukajar atau berkongsi ilmu berkaitan cara menerbitkan sesebuah video dengan peserta yang terdiri daripada kakitangan UKM sendiri. Pengetahuan yang ingin kami konsikan dengan peserta ialah fasa2 dalam penerbitan video, skrip, pengendalian kamera video, shot-shot dan sebagainya. Kami berharap sedikit sebanyal pengetahuan yang kami berikan tersebut mampu memberikan manfaat kepada setiap peserta.

Kami dari Unit Audio Video yang akan ke Kenyir ialah aku, Shahrul, Kamarul Baharin, Jasril Amry, Ramli Adnan, Ruhaizad dan Siti Suraya. Kami bertindak sebagai penyampai kertas kerja serta fasilitator. O.k.....jumpa nanti di sana....

*ermmmm.....dengar citer pulau yang kami pegi nanti takleh dihubungi, 012 langsung takde....013 kadang2 ada...internet, langsung sifar.....pening ler macam ni...

daudmontakzakaria