Wednesday, June 16, 2010


HARI ini, Rabu; 16 Jun. 2010;
Krew Unit Audio Video akan mengikuti Ekspedisi Foto di Tasek Kenyir bermula daripada 19 Jun 2010 akan datang. Sdr. KAMARUL BAHARIN SUPAAT akan mengikuti kumpulan ekspedisi berkenaan. Beliau bertanggung jawab merakamkan aktiviti grup ekspedisi tersebut serta keadaan sekitaran di Tasek Kenyir sepanjang berada di sana selama 3 hari.

Kenyir merupakan tasek buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara dan terletak disempadan Kelantan dan Pahang. Tasik tersebut meliputi kawasan seluas 260 Kilometer persegi dan mempunyai 340 buah pulau-pulau kecil. Hutan rimba sekitarnya kaya dengan flora dan fauna.

Aku tidak ikut serta dalam ekspedisi tersebut kerana kami yang tinggal 3 atau 4 orang ini akan bertanggung jawab dalam tugas rakaman video Multiple Camera Production(MCP) di Panggung Seni Dewan Canselor, UKM. Kami yang tinggal iaitu aku, Shahrul, Jasril dan Suraya akan memastikan rakaman MCP akan berjalan lancar. Sementara itu krew UAV iaitu sdr. RAMLI ADNAN pula bercuti selama beberapa hari. Nampaknya minggu ini masih ada beberapa tugas rakaman 'single camera' yang patut dilaksanakan iaitu, hari Khamis, 17 Jun 2010, Syarahan anjuran Islam Hadari. Hari yang sama jugak rakaman video perasmian seminar Undang-Undang di Bilik Senat. Sebelah malam pula rakaman MCP Majlis Makan Malam Alumni UKM yang akan dihadiri oleh TPM. Hari Ahad pula ada rakaman video Debat Piala TNC di Dewan Anwar Mahmud, UKM.

Itulah beberapa tugas yang telah tercatat dalam jadual tugas kami untuk minggu ini.

daud montak zakaria...
16 Jun 2010; 9.00 pm