Friday, April 23, 2010

BELUM..? memang belum pun..


HARI ini, Jumaat, 23 April...
Rasanya dah lama blog ini ketandusan 'posting'. Jadi hari ini aku nak beritaulah sape-sape yang nak tau iaitu tidak berapa lama lagi aku serta sdr. Ramli mungkin pergi menjelajah hutan BELUM di Perak tu. Kami mungkin bertolak pada 7 Mei 2010 bersama krew fotografi untuk membuat survey lokasi untuk membawa peserta-peserta bengkel fotografi yang akan dijalankan di sana dalam bulan MEI nanti.

Kebetulan berkunjung ke sana, aku bercadang untuk membuat rakaman video bersama sdr. Ramli, keadaan persekitaran yang wujud di sana untuk dijadikan penerbitan video pendek berkaitan BELUM. Oleh itu aku akan sediakan skrip secara kasar dan akan diperhalusi lagi apabila 'footage' video telah dirakam nanti. Tinjauan berkenaan dilakukan untuk tujuan mengadakan lagi bengkel fotografi di bawah Unit Latihan UKM yang akan dikendalikan oleh Unit Fotografi Penerbit UKM hujung bulan Mei 2010 nanti. Sdr. Jasril Amri(Hanamichi) dan Hanim dijangka akan membuat rakaman video semasa bengkel tersebut dijalankan.

Sebenarnya sebelum ini sdri Siti Suraya(UAV) dan sdr. Khaidir(Cetak) telah membuat rakaman berkaitan bengkel fotografi yang telah dijalankan di BELUM pada awal April 2010. Mereka telah menghasilkan sebuah penerbitan berkaitan bengkel tersebut dan lokasi-lokasi yang telah dijelajah oleh peserta bengkel. Sekarang giliran kami pula untuk ke sana, selama lebih kurang 2 atau 3 hari, jika tiada aral.... Sebenarnya aku pun belum sampai ke BELUM sebelum ini walaupun aku ni orang PERAK...ermmm....rasa malu jugak...

Selain tugas berkenaan, terdapat juga tugas-tugas lain yang menjadi tanggung jawab kami untuk dilaksanakan iaitu rakaman video di Jeram, Selangor yang akan dibuat oleh sdr. Shahrul dan Izad pada 29 April nanti. Mereka akan bertolak pada 28 April dan bermalam di sana.

Seterusnya satu lagi tugas besar yang akan kami pikul ialah rakaman MCP Konsert Menjunjung Kasih yang akan berlangsung pada 22 Mei nanti di DECTAR. Sempena sambutan ulangtahun ke 40 UKM, konsert tersebut akan diadakan secara besar-besaran di mana SPB Yang Dipertuan Agong, Perdana Menteri Malaysia dan juga beberapa sultan negeri-negeri Malaysia juga dijangka akan hadir....

Selain daripada itu terdapat lagi beberapa tugas rakaman yang menjadi rutin tugas kami sepanjang tahun. Diharapkan kami dapat menyempurnakan tanggung jawab kami dengan sempurna tanpa sebarang kesulitan.....InsyaAllah.