Saturday, January 9, 2010

Malam Anugerah Seni UKM 2009


Sekarang jam 2.00 pagi, 9 Januari 2010;
Sebentar tadi iaitu jam8.30 malam, 8 Januari 2010, kami telah membuat rakaman Multiple Camera Production(MCP) MALAM ANUGERAH SENI UKM 2009 di DECTAR, UKM.



Semasa persiapan jam 3.00 petang, kelihatan raptai sedang dilakukan di atas pentas.




Persiapan teknikal telah kami lakukan sejak jam 3.00 petang lagi. Persiapan berkenaan termasuk pemasangan kabel kamera, pemasangan LCD TV di pentas, grafik dan sebagainya.

Malam Anugerah Seni ini sebenarnya bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kampus khususnya para pelajar dan kakitangan dalam bidang kesenian.

Diantara krew rakaman MCP.....





Melalui program ini diharapkan kegiatan seni dalam kampus akan terus berkembang. Dengan perkembangan bidang ini diharap akan mengharumkan nama universiti serta dapat membantu dalam usaha merakyatkan seni budaya.

Banyak katogori anugerah telah disampaikan pada malam ini iaitu;

Diantara Krew Rakaman MCP...ceria seperti kanak-kanak Ribena....




Anugerah Seni Pelajar untuk mahasiswa dan mahasiswi
Anugerah Penggerak Seni kampus
Anugerah Kelab Kesenian Teraktif
Anugerah Kreativiti Seni
Anugerah Seni Tari
Seterusnya,
Anugerah Seni Teater
Anugerah Seni Vocal
Anugerah Seni Muzik
Anugerah Seni Tampak
Anugerah Seni Bela Diri

Suasana dalam Studio Kawalan di mana sdr Kamarul sedang memberi arahan kepada jurukamera...


Selanjutnya terdapat juga,
Anugerah Penerbitan Seni(Video)
Anugerah Penerbitan Seni Grafik
Anugerah Penerbitan Seni Foto
Anugerah Pengurusan Seni
Anugerah Pengurusan Teknikal



Suasana di Bilik Kawalan semasa rakaman MCP






Dalam Anugerah Penerbitan Seni Video, sepatutnya kami menghantar karya-karya video kami namun sudah dua tahun berturut-turut kami tidak menghantar karya. Kami bercadang akan kembali menyertai anugerah ini pada tahun hadapan. Krew baru unit video kami akan diminta untuk membuat penerbitan video dan seterusnya dihantar untuk menyertai anugerah ini pada tahun hadapan....

Sdr. Sulimi Ismail sedang mengawal sistem audio di Bilik Kawalan Audio di Studio UKM, DECTAR.




Krew rakaman MCP yang terlibat dalam rakaman malam ini ialah sdr. Kamarul Baharin Supaat, Ramli Adnan, Shahrul, Jasril Amry, Siti Suraya, Hasnah, Wafiy, Firdaus, Azrul Khaidir, Khaidir, Naziruddin, Hata, Isma, Hanim, dan aku sendiri...











Malam ini juga studio kami dikunjungi oleh dua orang krew baru yang berminat untuk menyertai kami dalam rakaman-rakaman MCP di masa yang akan datang. Kedua-dua mereka adalah perempuan dan aku lupa nama mereka yang berkenaan.


Persembahan tarian....







Majlis Penganugerahan malam ini telah dilaksanakan oleh Tan Seri Naib Canselor, Timbalan Naib Canselor dan pegawai-pegawai kanan universiti.












Persembahan kesenian seperti tarian dan nyanyian juga telah diadakan sebagai selingan di antara sesi-sesi anugerah tersebut.





















Di antara peserta yang sedang berdebar-debar menunggu keputusan yang akan diumumkan...






Penyampaian anugerah sedang dilakukan di atas pentas.

daud montak zakaria...