Tuesday, December 15, 2009

Tripod, Padestal, steadycam and so on...


Semua kamera video sama ada kamera yang digunakan untuk rakaman ENG/EFP atau kamera 'consumer', telah direka untuk dipegang dengan tangan atau diletakkan di atas bahu. Bagaimana pun di mana-mana lokasi yang tertentu alat 'penyokong' kamera seperti tripod amat diperlukan. Ia bertujuan untuk mengurangkan kepenatan dan juga untuk menghalang gerakan-gerakan kamera yang tidak diperlukan semasa rakaman.


Tripod...





Biasanya jurukamera menggunakan tangan dan bahu ketika membuat rakaman video. Apabila pergerakan kamera yang lebih teliti dan tepat, kita memerlukan alat untuk menyokong kamera berkenaan. Alat penyokong kamera yang biasa ialah tripod dan pedestal dalam studio. Alat penyokong kamera yang lebih lanjut lagi ialah jib arms, studio crane atau 'body mount'.



Tripod...









Jika kamera video lebih ringan, cara yang mudah diguna untuk menyokong kamera ialah dengan menggunakan tangan atau bahu. Dengan menggunakan tangan atau bahu, jurukamera boleh membuat gerakan meninggikan atau mengangkat(lift) dan merenrendahkan kamera, tilt up dan tilt down, membuat pergerakan memusing, namun begitu bolehkah jurukamera berjalan dan berlari semasa membuat rakaman?



Kamera filem dan tripod...





Oleh itu mengapa kita perlukan alat penyokong kamera?.

Pertama, jurukamera boleh mengendalikan kamera dengan lebih lama tanpa berasa penat. Walaupun kemera video tersebut ringan sekalipun namun ia akan menjadi berat apabila jurukamera terpaksa membuat rakaman yang lama.

Kedua, menggunakan alat penyokong kamera yang khusus, jurukamera boleh membuat gerakan kamera yang pelbagai dan gerakan pantas terutama dalam seperti pembikinan video clip dan yang seumpama dengannya.

Ketiga, dengan menggunakan tripod, pergerakan kamera menjadi lebih licin.

Steady camera...





Monopod dan tripod;

Monopod mempunyai satu kaki yang boleh diletakkan kamera di atasnya. Bila menggunakan monopod, jurukamera masih perlu menseimbangkan kamera di atasnya sama seperti kamera diletakkan di atas bahu. Walaupun begitu monopod dapat mengurangkan beban kamera yang perlu ditanggung oleh jurukamera. Monopod mudah dibawa dan cepat untuk dipasang. Walaupun monopod tidak berapa sempurna seperti tripod tetapi ia masih berguna untuk rakaman yang lama. Malah ia lebih baik daripada bersandar pada batang pokok atau dinding semasa membuat rakaman.

Studio pedestal...





Tripod merupakan tempat meletakkan kamera yang paling biasa ditemui dan biasa digunakan dalam semua tugas rakaman video. Sama ada tripod berat atau ringan, semua tripod berfungsi dengan cara yang sama. Semua tripod mempunyai tiga kaki yang boleh dilipat. Setiap kaki tripod boleh dipanjangkan atau dipendekkan secara berasingan.

Jibarms...



Tripod boleh digunakan di mana-mana permukaan kerana dihujung kakinya mempunyai 'spike' yang tajam dengan tujuan supaya tripod tidak tergelincir.
Selain daripada itu tripod juga boleh diseimbangkan dengan rata secara mendatar apabila 'air bubble' yang terdapat pada tripod kelihatan seimbang pada kedudukannya.

Crane....

Studio Pedestal.

Dengan menggunakan Studio Pedestal, kamera boleh digerakkan dengan lebih licin pada semua arah jika lantai mempunyai permukaan yang licin. Ketika rakaman berlangsung kamera boleh ditinggikan dan direndahkan dan ini menambahkan lagi seni fotografi dalam penyiaran televisyen.

Pergerakan Kamera.

Peralatan untuk meletakkan kamera direka untuk membantu jurukamera menggerakkan kamera dengan licin dan berkesan dengan pelbagai cara. Pergerakan kamera yang utama ialah pan, tilt, crane, truck, dolly, crab, arc, zoom dan pelbagai lagi.

Pan;

Pusingkam kamera dari kanan ke kiri atau dari kiri ke kanan. Pan Right, bermakna pusingkan kamera ke kanan dengan cara menolak 'panning handle' ke kiri dan begitulah sebaliknya.

Tilt;

Membuatkan kamera video menunjuk ke atas atau bawah. 'Tilt up' bermakna membuatkan kamera mengarah ke atas secara perlahan dan sebaliknya.

Pedestal;

Meninggikan dan merendahkan kamera di atas pedestal studio.'Pedestal up' bermakna menaikkan pedestal dan begitulah sebaliknya.

Crane;

Menggerakkan keseluruhan kamera ke atas atau ke bawah di atas crane atau jib arm. 'Crane up dan crane down merupakan arahan yang digunakan.

Dolly;

Menggerakkan kamera ke arah atau menjauhi objek. Dolly in bermakna gerakkan kamera ke arah objek dan dolly out pula, menjauhi objek.

Truck atau track;

Menggerakkan kamera di sisi. Truck left bermakna menggerakkan alat penyokong kamera ke kiri dengan muncuk kamera berada dalam keadaan 'right angle' dengan objek yang dirakam.

Crab;

Pergerakan 'crab' lebih kurang sama dengan truck kecuali penyokong kamera tidak perlu berada di sisi sepanjang masa. Crabbing selalunya digunakan dalam penggambaran filem bukan penyiaran televisyen.

Zoom;

Mengubah 'focal lenght' lens kamera dengan menggunakan alat kawalan zoom, sementara kamera berada pada jarak yang sama di atas alat penyokong kamera seperti tripod. 'Zoom in' bermakna mengubah 'focal length' secara perlahan dan menjadikan objek yang dirakam kelihatan bergerak semakin dekat dengan penonton dan begitulah sebaliknya bila 'zoom out' digunakan.

*ENG: Electronic News Gathering

*EFP: Electronic Field Production


* Photos from Google Images.

daud montak zakaria...