Sunday, November 15, 2009

'Bye' sekali lagi....



Aku akan berada di Lata Jarum, Raub, Pahang mulai daripada 16 November hingga 21 November 2009 kerana mengikuti EKSPEDISI SAINTIFIK LATA JARUM, RAUB, PAHANG.
Kami diminta membuat rakaman video aktiviti yang dijalankan di sana semasa Ekspedisi tersebut. Kami akan bergerak dari UKM jam 8.00 pagi hari Isnin.

Foto ini ketika berada di Lata Berkoh, Taman Negara semasa Ekspedisi Fotografi di Taman Negara drpd 30 Oktober - 2 November 2009.

Aku membawa kenderaan sendiri dan peralatan yang dibawa ialah Kamera video, tripod, portable light, reflector, pita video dan alatan lain yang diperlukan.

Krew yang turut serta ke sana dengan aku ialah sdr. Ramli dan Siti Suraya. Apa yang aku harapkan semoga kami dapat menjalankan tugas dengan sempurna. Selama aku di sana, blogspot dan facebook aku akan gersang tanpa kehadiran catatan-catatan aku(sebab aku takde broadband).....o.k ye.....

daud montak zakaria...