Saturday, October 24, 2009

Inilah tugas kami.....


Semalam, 23 Oktober 2009, Jumaat:
Kami membuat rakaman audio di Studio UKM DECTAR. Audio tersebut akan digunakan untuk dimasukkan ke dalam multimedia Perasmian Ekspedisi Saintifik yang sedang aku buat penyuntingannya sekarang. Video tersebut akan ditayangkan semasa perasmian XPDC berkenaan di Lata Jarum, Raub, Pahang.. XPDC tersebut akan dijalankan dari 16 November - 21 November 2009.
Sdr. Kamarul sedang menunjuk ajar cara membaca skrip kepada Siti Suraya.





Aku meminta Siti Suraya untuk membaca skrip berkenaan. Rakaman terpaksa dilakukan rakamannya berulang kali kerana ini merupakan kali pertama Siti Suraya membaca skrip untuk video.


Sdr. Shahrul juga turut membantu Suraya...









Membaca skrip video bukan saja sekadar mempunyai suara yang sedap didengar, malahan 'intonasi' suara juga harus diambil kira. Visual yang cantik dan indah, suara yang sedap didengar dan intonasi suara yang sesuai, menjadi sebahagian daripada faktor yang mampu menarik hati penonton untuk terus menonton video berkenaan.

Wah! sdr. Jasril Amry gak turut memberikan bantuan kepada Siti Suraya...






Waktu petang kira-kira jam 3.00 petang, selepas aku membuat penyuntingan video XPDC Lata Jarum, aku, Jasril dan Siti Suraya pergi ke Danau Golf UKM untuk mendapatkan gambaran lokasi untuk tayangan video di sana.

Bangunan Danau Golf UKM...










Sebenarnya unit audio video, diminta untuk membuat rakaman video Pertandingan Golf NCWO yang akan disertai oleh DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong dengan NCWO di Danau Golf UKM esok(24 Oktober 2009)



Ini pandangan hadapan Danau Golf dari tempat letak kereta, macam tak kemas je....ops! sorry for the comment...






Tugas membuat rakaman permainan golf ini aku beri tanggung jawab kepada sdr. Kamarul yang berpengalaman membuat rakaman berkaitan permainan golf serta juga sdr. Jasril dan Siti Suraya untuk membantu sdr. Kamarul Bharin Supaat.


Inilah peralatan yang disediakan untuk tayangan video esok iaitu audio power mixer dan juga alatan LCD.






Hasil rakaman video permainan golf berkenaan telah diminta oleh ahli jawatankuasa untuk ditayangkan semasa majlis santapan baginda dengan mereka yang mengambil bahagian dalam permainan tersebut pada waktu tengah hari.
Apa yang aku harapkan tugas berkenaan akan mampu dilakukan oleh sdr. Kamarul, sdr. Jasril dan Siti Suraya.
Terima kasih kepada mereka semua, bukan mudah untuk bertugas dalam suasana yang penuh protokol ni.....