Monday, October 12, 2009

Ingin mengenali kami....?


Hmmm....sekarang ni jam 11.00 malam, aku baru balik dari UKM. Aku serta sdr. Jasril dan Siti Suraya membuat tugas berkaitan penyuntingan video Malam Kasih Ghazali di Pusat Penerbitan. Video tersebut dikehendaki siap pada hari Rabu nanti. Oleh itu mahu atau tidak mesti disiapkan dalam masa yang diperlukan.
Malam ini aku ingin memperkenalkan sebahagian daripada krew rakaman video kami. Yang lain-lain akan aku ceritakan dan perkenalkan kemudian.....
Ini krew MCP kami dari kiri; Cik Hasnah, Cik Hazni Hanim, Sdr. Jasril Amry dan Cik Suraya.


Unit kami juga sering menjemput kakitangan unit lain untuk membantu kami terutama dalam rakaman MCP. Mereka bukan saja berada di bawah satu bumbung dengan kami malah juga dari jabatan lain dalam UKM.

Ini Cik Hazni Hanim, dia dari bahagian pentadbiran Pusat kami. Dia seringkali dijemput untuk membantu dalam rakaman MCP di DECTAR. Biasanya dia akan mengendalikan 'switcher'. Namun kemahirannya dalam mengendalikan peralatan lain seperti kamera belum lagi teruji, tapi kalau dia ingin mencuba mengendalikan kamera video...yah!, bisa saja...




Unit Audio Video baru saja menerima tiga orang krew baru. Mereka baru saja masuk ke unit kami. Merekalah juga yang bakal memikul tanggung jawab selepas kami iaitu otai-otai ni dah bersara nanti.

Inilah ketiga-tiga krew baru iaitu dari hadapan sdr. Jasril, di belakang sdr. Shah dan 'the only flower in our unit' Cik Siti Suraya.





Foto disebelah ialah krew MCP kami, dari hadapan Cik Hazni Hanim, belakang ialah Cik Hasnah dan seorang lagi ialah Cik Siti Suraya.

Cik Hasnah pula ialah kakitangan Audit Dalam, UKM. Kami sering menjemput dia membantu dalam rakaman MCP di DECTAR. Kebiasaannya dia mengendalikan 'switcher' sama seperti Cik Hanim .








Hmmm....ini pula ialah sdr. Firdaus. Dia merupakan kakitangan Unit Cetak di Pusat Penerbitan. Biasanya dia dijemput membantu kami sebagai jurukamera. Hmmm....masih bujang....









Jejaka ini juga merupakan kakitangan Unit Cetak, Pusat Penerbitan dan Percetakan. Dia juga bertugas sebagai jurukamera apabila kami mempelawanya untuk turut membantu dalam tugas rakaman MCP di DECTAR. Hmmm....juga masih bujang... Ops! lupe saya....namanya sdr. Wafiy...

Nampaknya hanya setakat ini saja yang dapat aku perkenalkan. Nanti jika foto mereka atau krew yang lain aku peroleh, aku akan perkenalkan mereka dalam blog ini, bye......

Kerje...oh....kerje...


Hujung minggu ini iaitu 10 dan 11 Oktober 2009, ramai dari kalangan krew Unit Audio Video tidak dapat bercuti dan tentu juga tidak dapat berkunjung kerumah rakan-rakan untuk sambutan Syawal.

Sdr. Jasril Amry membuat rakaman video di Pusat Islam UKM; foto di rakam oleh Siti Suraya.

10 dan 11 Oktober 2009,sdr. Jasril Amry dan Siti Suraya, bertugas membuat rakaman video Kursus Penyempurnaan Jenazah anjuran persatuan pelajar dan Pusat Islam UKM di Masjid UKM. Mereka bertugas dari 10 - 11 Oktober dari pagi hingga ke petang. Ini merupakan tugas kedua mereka tanpa kami(otai).






10 Oktober 2009;sdr. Kamarul membuat rakaman video Jamuan Hari Raya Tan Sri Naib Canselor untuk pegawai-pegawai universiti di kediaman beliau di Kuala Lumpur. Sdr. Jasril dan Siti Suraya juga turut serta bersama sdr. Kamarul.



Bos kami Prof. Dr. K di jamuan Hari Raya NC; foto dirakam oleh Siti Suraya.






11 Oktober 2009; jam 3.00 petang, kami dikehendaki membuat rakaman MCP Majlis Penutup Kosmo Varsiti Futsal di DECTAR, UKM. Menteri Pengajian Tinggi telah menghadiri majlis berkenaan.


Kosmo Varsiti Futsal di DECTAR, UKM





Aku mendapat permintaan rakaman ini pada hari Jumaat lepas. Kelam kabut aku mencari krew MCP dan aku terpaksa meminta tolong sdr. Zulhimi menghubungi semua krew MCP, siapa saja yang boleh bertugas pada hari itu nanti. Aku tidak dapat melaksanakan tugas dengan kemas kerana program ini termasuk dalam katagori "not well organised..." sebab semua arahan aku terima melalui talipon je....

Penyampaian hadiah Futsal....



Misha Omar.....Kosmo Varsiti Futsal 2009

Sebab tugas tersebut diterima melalui talipon jadi aku langsung tidak kenal siapa yang bertanggung jawab berkaitan program ini dan apa-apa peralatan yang diperlukan pun aku kurang pasti.

Melalui surat, kami dikehendaki membuat rakaman perasmian penutup jam 3.00.Namun kami diminta datang untuk membuat rakaman MCP mini concert pada jam 2.30 petang serta juga raptai multimedia. Dengan itu kami terpaksa datang jam 1.00 petang untuk persediaan teknikal.

Bila dilihat kepada aturcara program, perasmian penutup bermula jam 6.00 petang. Akan tetapi sebelum itu terdapat pertandingan akhir futsal berkenaan. Apa-apa pun dapatlah juga kami jalankan tugas namun kepuasannya tidak dapat kami rasakan..


Sdr. Firdaus, krew rakaman MCP.

11 Oktober 2009 juga kami diminta membuat rakaman MCP Malam Irama Keroncong anjuran Pusat Kebudayaan UKM pada jam 8.00 malam. Nampaknya kami terpaksa bertugas tanpa cuti hujung minggu ini. Sdr Jasril Amry dan Siti Surayajuga akan turut serta dalam semua tugas berkenaan. Kesiannya kami tak dapat bercuti hujung minggu.....




Sdr. Wafiy, krew rakaman MCP

Krew yang terlibat dalam rakaman;
1. Kosmo Varsiti Futsal 2009;
Firdaus, Wafiy, Yunus, Isma, Jasril, Shah, Suraya, Kamarul, Izad dan aku juga.......








Salah seorang penyanyi Malam Irama Keroncong

2. Malam Irama Keroncong;
Wafiy, Firdaus, Isma, Yunus, Chef, Khaidir, Sulimi, Jasril, Shah, Hasnah, Kamarul, Suraya dan aku juga.......
Ermmmm...ade keyang tertinggal nama ni.....

Terima kasih aku ucapkan kepada semua yang membantu dalam tugas rakaman video MCP ini....



1. Menunggu giliran bertugas untuk rakaman...
2. Suasana dalam Bilik Kawalan....
3. Persembahan Konsert Mini Kosmo Varsiti Futsal....
4. Juga suasana dalam Bilik Kawalan....
Rakaman Kursus Penyempurnaan Jenazah ini
telah dibuat oleh sdr. Jasril Amri dan Siti Suraya
di Masjid UKM.