Thursday, September 24, 2009

Studio Televisyen(Studio Floor)


PHYSICAL LAYOUT

Studio Televisyen yang dibina atau direka dengan baik akan menyediakan persekitaran dan penyesuaian yang sempurna untuk semua elemen-elemen utama penerbitan seperti kamera, pencahayaan, bunyi, pandangan, dan aksi-aksi 'performers'

Kebanyakan studio, berbentuk empat segi bujur dengan keluasan lantai yang berbeza. Studio yang lebih besar membolehkan penerbitan yang lebih komplek dan lebih 'flexible'. Jika kita berada dalam studio untuk penerbitan berita, ia lebih kecil saiznya. Namun begitu ada juga studio berita yang lebih besar.

Studio yang lebih luas diperlukan untuk penerbitan yang lebih besar seperti drama dan rancangan yang memerlukan penyertaan penonton di dalamnya. Adalah lebih mudah menerbitkan rancangan yang ringkas dalam studio yang lebih luas berbanding dalam studio yang kecil. Namun studio yang besar sukar untuk diuruskan. Studio yang sederhana besarnya dan yang kecil, mudah diuruskan tetapi tidak 'flexible'.

Lantai Studio

Lantai studio mesti dalam keadaan rata bagi memudahkan pergerakan kamera yang licin. Lantai tersebut mesti kukuh bagi menampung peralatan-peralatan dan set yang berat. Kebanyakan studio mempunyai lantai konkrit yang diliputi oleh tile, plastik keras dan sebagainya.

Ketinggian Siling

Ketinggian siling sekurang-kurangnya 12 kaki. Jika siling terlalu rendah, lampu-lampu akan terlalu hampir dengan 'scene' untuk kawalan cahaya yang baik serta tidak cukup ruang untuk haba yang dibebaskan. Siling yang rendah menyebabkan lampu-lampu dan 'microphone's boom' akan kelihatan dalam 'scene'. Kebanyakan studio mempunyai siling yang melebihi 30 kaki tingginya.

Acoustic Treatment

Siling dan dinding studio biasanya dibina dengan bahan-bahan penyerap bunyi untuk mengelakkan bunyi yang melantun. Bunyi yang melantun akan menghasilkan gema yang amat tidak sesuai untuk rakaman audio dalam studio.

Hawa dingin

Hawa dingin amat perlu kerana studio tidak mempunyai tingkap. Cahaya lampu-lampu studio menghasilkan haba yang amat tidak sesuai untuk peralatan-peralatan elektronik dalam studio. Malangnya kebanyakan alat hawa dingin berbunyi bising yang tidak sesuai untuk di hidupkan semasa rakaman. Oleh itu alat hawa dingin ini akan ditutup semasa kerja rakaman dibuat dalam studio. Walau bagaimanapun mungkin masa ini terdapat alat hawa dingin yang berfungsi dengan senyap.

Pintu studio

Studio-studio memerlukan pintu yang berat dan 'soundproof' serta luas untuk tujuan memasukkan dan mengeluarkan set-set studio dan peralatan-peralatan.

MAJOR INSTALLATION

Sistem 'Intercom'

Sistem intercom membolehkan semua kakitangan penerbitan berhubung diantara satu dengan yang lain. Contohnya Pengarah akan berhubung dengan semua kakitangan penerbitan melalui intercom terutama memberi arahan kepada jurukamera untuk membuat shot. Semua kakitangan penerbitan memakai 'headset' dengan 'earphone' dan 'microphone' kecil untuk 'talkback'. Stesen televisyen yang besar biasanya menggunakan sistem intercom tanpa wayer(wireless intercom system).

Studio Monitors

Monitor-monitor dalam studio televisyen merupakan monitor-monitor yang berkualiti tinggi yang menayangkan video dari ''program switcher'. Sebuah monitor dalam studio amat perlu untuk kakitangan penerbitan dan 'talent'. Kakitangan penerbitan akan dapat melihat shot yang dipilih oleh Pengarah. Monitor dalam studio juga amat perlu untuk pembaca keadaan cuaca, kerana melalui monitor tersebut dia dapat mengetahui visual yang sedang ditayangkan atau sedang 'on-air'. Dalam program yang disertai oleh penonton, studio monitor membolehkan penonton dalam studio melihat bagaimana program berkenaan kelihatan di layar televisyen.

Program Speakers

Program speakers juga mempunyai fungsi yang sama seperti 'studio monitors'. Di mana -mana yang perlu 'program speakers' akan menyediakan bunyi yang seiring dengan visual yang ditayangkan.

Wall Outlets

Bilangan dan kedudukan 'outlets' di dingding studio juga amat perlu diambil kira. 'Outlets' untuk kabel kamera, intercom, kabel mikrofon, dan pelbagai peralatan mesti terdapat di keempat-empat dinding studio dan dalam keadaan mudah untuk digunakan. Jika 'outlets' bertumpu di satu dinding sahaja, ia tentu akan menyebabkan kabel yang disambung akan silang menyilang dalam studio. 'Outlets' mesti dilabel dengan jelas supaya tidak berlaku kesilapan sambungan.

Lighting Dimmer and Patchboard

Kebanyak studio mempunyai 'dimmers control board' untuk melaraskan pencahayaan dalam studio semasa penerbitan dilakukan. "Patchboard' untuk lampu menyambungkan peralatan tersebut kepada pelbagai 'dimmers'. 'Patchboard' biasanya berada dalam studio iaitu dalam studio kawalan.