Sunday, September 6, 2009

Penyuntingan atau Pos Produksi


Pos produksi adalah amat diperlukan untuk sesetengah penerbitan. Proses penyuntingan dalam pos produksi mencantumkan semua bahan yang telah dirakam kebentuk yang baru dan berurutan. Proses penyuntingan dalam pos produksi merupakan satu proses yang ringkas atau mudah dimana kita memilih bahan-bahan yang telah dirakam sebelumnya kemudian mencantumkannya kebentuk yang baru mengikut urutan yang khusus.

Terdapat pelbagai perisian penyuntingan dalam pasaran dan masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Terdapat dua jenis sistem penyuntingan iaitu penyuntingan linear dan penyuntingan non-linear.

Dalam penyuntingan 'linear' biasanya memerlukan dua sumber VTR yang mengandungi bahan yang telah dirakam(original tape) dengan video kamera. Sebuah lagi ialah VTR untuk merekod yang akan menghasilkan bahan yang telah disunting yang akan dijadikan 'master'. Proses ini merupakan sistem penyuntingan yang 'conventional'.

Dalam penyuntingan 'non-linear' pula, kita akan menyalin atau 'digitize' semua bahan dalam pita yang mempunyai bahan rakaman ke dalam 'hard dics' komputer. Kemudian kita akan melakukan penyuntingan video tersebut dalam komputer berkenaan. Penyuntingan dengan menggunakan sistem non-linear ini lebih tepat dan mudah jika kita menguasai 'software' sistem penyuntingan berkenaan.