Thursday, February 19, 2009

Hmmm...boleh tahan gak..

Nampaknya dalam semester ini tugas kami dari Unit Audio Video agak banyak juga. Tugas yang banyak ini tambah membebankan apabila kami kekurangan kakitangan untuk melaksanakannya.

Kekurangan ini adalah disebabkan oleh berhijrahnya Sdr. Aziz ke tempat kerja di luar sana dan tidak lagi menjadi kakitangan UKM. Selain daripada itu kekurangan kakitangan berkenaan adalah disebabkan kekosongan jawatan Juruteknik yang perlu di isi masih belum kesampaian. Sepatutnya kami mendapat dua orang kakitangan baru untuk mengisi kekosongan jawatan Juruteknik di Unie Audio Video, Pusat Penerbitan.

Ada ketikanya dirasakan seperti kami tidak dapat memenuhi permintaan perkhidmatan berkaitan audio visual yang diminta oleh pihak tertentu dalam UKM. Bagi tugas rakaman video satu kamera, ia memerlukan 2 orang krew. Jika perkhidmatan rakaman video menggunakan 3 atau 4 kamera di DRCTAR pula ia memerlukan sekurang-kurangnya 10 orang dalam setiap tugas yang dilakukan.

Antara tugas yang dilakukan sekarang ialah penyuntingan video KEMBARA SERI PERPATIH II yang sedang aku lakukan sekarang ini. Sudah hampir tiga minggu aku laksanakan namun masih lagi belum siap. Terdapat 14 buah pita rakaman yang perlu aku cari footage yang sesuai untuk disunting menjadi hasil penerbitan. Sekarang ini aku baru membuat penyuntingan offline sementara penyuntingan online masih belum dilakukan selagi penyuntingan offline belum selesai. Masih lagi belum tiba ke tahap melakukan penataan bunyi ke dalam hasil penerbitan berkenaan. Nampaknya masih jauh lagi penerbitan video berkenaan akan selesai. Satu lagi penerbitan video telah disunting ialah Ekspedisi Saintifik Bukit Fraser, penyuntingan offline telah aku siapkan begitu juga dengan skripnya. Namun penerbitan ini terpaksa ditangguhkan penyuntingannya kerana skrip belum disemak oleh pensyarah berkenaan.

Disamping itu aku tidak dapat menumpukan tugas melakukan kerja penyuntingan kerana tugas2 lain seperti rakaman video kamera berbilang(MCP) juga perlu aku(dan rakan-rakan lain) laksanakan seperti Syarahan Naib Canselor di DECTAR pada 27 Februari nanti. Tugas MCP yang lain ialah pada 27 dan 28 Februari iaitu rakaman MCP Festival Seni Tari UKM di Panggung Seni, DECTAR. Kemungkinan tugas MCP yang baru akan menyusul kerana terdapat beberapa pihak berminat untuk mendapatkan perkhidmatan rakaman video MCP di DECTAR seperti Konsert Manis dan juga Konsert Muzik Alatan Tradisional China....itu pun belum tentu lagi kerana ia bergantung kepada sama ada diluluskan atau tidak.

Selain daripada itu aku(dan rakan-rakan) juga akan mengendalikan latihan penerbitan MCP untuk pelajar Pusat Pengajian Media dan Komunikasi yang berlangsung pada setiap hari Selasa sebelah petang. Pelajar Pusat Pengajian Media juga memerlukan latihan tambahan yang akan dilakukan dan dikendalikan pada waktu malam di Studio UKM di DECTAR. Dalam waktu yang terdekat ini ialah pada 23 dan 24 Februari ini. Mungkin sedikit hari lagi kumpulan-kumpulan lain juga akan membuat tempahan untuk latihan tambahan di Studio UKM pada waktu malam. Sejumlah 8 kumpulan semuanya yang akan kami kendalikan di Studio UKM nanti...

Seterusnya unit kami juga akan membuat rakaman atau liputan seminar dan sebagainya dengan menggunakan sebuah kamera video antaranya ialah pada 20 Februari 2009 iaitu Seminar IMBIOSIS, 21 & 22 Februari 2009, Seminar kebolehpasaran Graduan(lupa tajuk yang tepat) di Dewan Gemilang.

Mungkin lagi dalam waktu mendatang ini akan terdapat lagi permintaan perkhidmatan dari kami selain perkhidmatan video seperti penggunaan LCD di DECTAR oleh kolej-kolej dan persatuan-persatuan pelajar yang lain terutamanya untuk majlis-majlis makan malam kolej-kolej kediaman....

Itulah diantara tugas-tugas mesti kami pikul walaupun ada ketikanya beserta dengan keluhan lantaran kekurangan tenaga kerja.