Tuesday, August 12, 2008

Konvo Ke-36 UKM...





Bermula dari 9 Ogos hingga 13 Ogos 2008, Universiti Kebangsaan Malaysia mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-36. Majlis ini berlangsung di Dewan Canseler Tun Abdul Razak. Kakitangan Rakaman Video dan Multimedia memang sibuk pada masa ini untuk memberikan paparan terbaik di layar2 tayangan dalam dewan besar berkenaan untuk kepuasan ibu bapa menyaksikan putera-putera dan puteri-puteri mereka menerima skrol masing-masing di atas pentas....


Apabila telah berkumpul beramai-ramai di majlis ini bermacam-macam sikap dapat dibaca dan ditatap dikalangan kakitangan UKM yang menjadi urus setia majlis konvokesyen tersebut. Ada yang menarik dan tak kurang juga yang mempunyai nilai negatif. Hmmm...itulah manusia katakan....apa nak buat, terimalah seadanya......


Kepada semua kakitangan rakaman video kamera berbilang atau MCP yang terdiri daripada pelbagai jawatan, diucapkan jutaan terima kasih. Tanpa anda semua tugas yang besar ini tentu tidak mampu dipikul oleh kami dari Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM.....Terima kasih sekali lagi...