Sunday, May 25, 2008

Konvo Kolej Komuniti Zon Selangor


  • suasana dalam dewan DECTAR masih lagi terdapat pelajar dan ibu bapa merakam saat2 gembira mereka walaupun majlis sudah lama selesai...
25 Mei 2008;
Kami telah membuat rakaman video Multiple Camera Production(MCP) untuk Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Zon Selangor. Majlis berkenaan bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 12.00 tengah hari di dewan DECTAR, UKM di Bangi. Seramai 12 orang staf telah terlibat selain staf Pusat Penerbitan dan Percetakan terdapat juga staf dari jabatan-jabatan lain dalam UKM yang turut membantu. Staf yang terlibat ialah DAUD MONTAK ZAKARIA, RAMLI ADNAN, ABD AZIZ AHMAD, RUHAIZAD ABD MAJID, KAMARUL BAHARIN SUPAAT, YUNUS MISDI, ZULHIMI HAMZAH, ZARIFI SALLEH, HAFIZ ISMAIL, HASNAH, KHAIDIR DAN WAFIY....

Tuesday, May 20, 2008

Bengkel Penerbitan Video

Hari ini 20 Mei 2008,
Kamarul Baharin mula mengikuti Bengkel Penerbitan Video di Cerating, Pahang. Dia mengikuti bengkel berkenaan mulai 20 - 24 Mei 2008. Semoga dia memperoleh ilmu yang bermanfaat untuknya dan Pusat Penerbitan dan Percetakan.

Friday, May 16, 2008

Penyuntingan video

Hari ini masih lagi meneruskan penyuntingan video PTSL. Masalah sering berlaku kerana editing machine sering mengalami ketidak sempurnaan dalam operasinya. Berulang kali syarikat pembekal datang untuk cuba menangani masalah berkenaan. Namun masih juga berulang masalah yang sama. Rasanya sudah tiba masa untuk mendapatkan sebuah lagi mesin penyuntingan baru. Ia bukan saja akan dapat mengatasi masalah mesin yang sedia ada tetapi akan membantu menyiapkan tugas penerbitan video yang mungkin akan bertambah dimasa akan datang.

Hari ini tiga tugas rakaman video dijalankan oleh Unit Audio Visual iaitu Forum Hadhari di Bilik Senat, Pelancaran Sambutan 38 Tahun UKM dan satu lagi tugas di Istana Hinggap di Seremban....

Thursday, May 8, 2008

BOS BARU

Bermula 1 Mei 2008,
kami memperoleh BOS BARU iaitu PROF. DR. KAMARUDDIN M. SAID. Beliau menggantikan YBhg. DATO' DR. ABDUL RAZAK SALLEH yang akan kembali semula ke Jabatan Sains Matematik, FST. Dalam ucapan sulung PROF. DR. KAMARUDDIN, beliau mempunyai wawasannya tersendiri untuk membawa Pusat Penerbitan dan Percetakan terus kehadapan, seiring dengan wawasan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kepada PROF. DR. KAMARUDDIN M. SAID diucapkan SELAMAT BERTUGAS.....dan kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Abdul Razak diucapkan terima kasih di atas segala jasa ketika mengetuai kami semua....

Thursday, May 1, 2008

Selamat Menyambut Hari Pekerja

Selamat menyambut Hari Pekerja kepada seluruh kakitangan kerajaan umumnya dan krew video Studio UKM khususnya.