Thursday, December 6, 2007

THREE POINT LIGHTING


Cahaya amat penting dalam aktiviti rakaman video. Jika tiada cahaya rakaman yang dilakukan menjadi tidak bermakna melainkan jika tajuk rakaman tersebut ialah "Malam Yang Gelap Tanpa Bintang', itu cuma gurauan je......... Terdapat beberapa teknik pencahayaan dalam penggambaran video daripada berbilang lampu hinggalah yang paling ringkas. Teknik yang ringkas ialah "Three Point Lighting".

'Three Point Lighting' merupakan teknik pencahayaan yang ringkas dalam penggambaran video. Untuk membina teknik pencahayaan ini, pertama sekali letakkan sebuah lampu video yang dipanggil KEY LIGHT dihadapan subjek dengan sudut 45 darjah menunduk ke bawah ke arah subjek dan dihadapan subjek disebelah kanan(seperti dalam rajah). Jika hanya wujud cahaya KEY LIGHT maka akan terdapat bayang yang kuat(hard shadow) terbentuk disebelah muka yang satu lagi(kiri muka).

Untuk mengurangkan bayang(hard shadow) ini maka satu lagi lampu yang dipanggil FILL LIGHT yang memancarkan cahayanya ke reflector atau dinding yang bertindak sebagai 'reflector', digunakan. Cahaya yang dipantul akan melembutkan(soften) bayang subjek(bayang yang dihasilkan oleh KEY LIGHT). FILL LIGHT juga boleh menggunakan 'filter' menggantikan dinding atau 'reflector' yang boleh menghasilkan 'diffuse light'.

Sebuah lagi lampu boleh diletakkan di bahagian atas, di belakang subjek untuk menghasilkan garisan cahaya putih disekeliling subjek serta juga berfungsi untuk memisahkan subjek daripada 'background'.