Thursday, October 11, 2007

TILTING


TILTING.

TILTING ialah pergerakan kamera secara 'vertical' yang licin dan berterusan seperti dalam rajah di atas. Kamera berkenaan berada dalam keadaan yang tetap sama ada diatas TRIPOD atau dipegang dengan tangan(hand held). TILTING ialah satu pergerakan atau teknik yang berkesan untuk menggambarkan subjek yang tinggi seperti TILTING dari puncak bangunan ke bawah(TILT DOWN) atau dari bawah ke atas(TILT UP). Pergerakan subjek juga boleh di ikut dengan teknik ini seperti seorang yang sedang memanjat atau menuruni sebatang pokok kelapa umpamanya..

Peraturan menggunakan TILTING
1. Fikir apa yang hendak ditunjukkan dan tentukan permulaan dan penamat pergerakan tersebut.
2. Buat latihan sebelum mulakan rakaman.
3. Permulaan rakaman hendaklah dalam keadaan statik selama 3 saat sebelum mula membuat pergerakan dan begitu jugalah ketika di akhir pergerakan berkenan.
4. Buat pergerakan tersebut dengan perlahan dan licin dalam satu arah.
5. Jangan cuba membuat pergerakan TILTING terlalu jauh kerana ini akan menyebabkan kehilangan keseimbangan badan, sebaik-baiknya dalam lingkungan 90 darjah sahaja(sudut pergerakan TILT UP atau TILT DOWN). Jika subjek tidak boleh dirakam sepenuhnya dalam lingkungan sudut 90 darjah, cuba letakkan kamera lebih jauh lagi dari subjek berkenan.
6. Pergerakan TILTING ini akan menjadi lebih mudah dengan menggunakan TRIPOD.

Dalam pembikinan program video, kombinasi PANNING dan TILTING secara serentak memang tidak dapat dielakkan. Latihan amat diperlukan untuk memahirkan diri dalam melakukan pergerakan seperti ini.