Thursday, December 20, 2007

JENIS & UKURAN SHOT

Sebuah program video sedang ditayangkan dimana ia hanya mempunyai saiz bingkai atau FRAME ukuran full shot sepanjang satu babak atau scene. Adakah babak tersebut menarik?. Sudah tentu ia amat membosankan.

Sesebuah program video akan menjadi lebih menarik jika dalam sesuatu babak tersebut terdapat pelbagai saiz shot-shot(shot size/frame) dan juga sudut-sudut rakaman kamera(camera angle). Satu shot bermakna satu rakaman video bermula dari butang record ditekan hinggalah butang stop atau pause ditekan. Sequences pula membawa erti beberapa shot-shot yang disatukan untuk memberi makna. Saiz hot-shot mempunyai makna atau bahasa tertentu dalam pembikinan program video atau filem. Setiap shot tersebut berfungsi dalam membawa perhatian kepada peristiwa dalam screen.

Contoh satu sequence atau satu urutan peristiwa yang menjelaskan beberapa saiz-saiz shot;
Satu shot pandangan umum atau wide shot(WS) dalam sebuah stadium yang dipenuhi oleh penonton. Satu long shot(LS) seorang pemain sedang mahu membuat tendangan penalti di depan pintu gol lawan. Satu mid shot(MS) dimana pemain tersebut memberi tumpuan kepada bola yang hendak ditendang. Satu close up shot(CU) bola yang akan ditendang. Satu extreme close-up shot muka penjaga gol yang kelihatan risau menunggu bola yang akan ditendang oleh pemain tersebut. Bukankah saiz shot-shot ini akan memberi makna dan akan menarik perhatian penonton?.

Selain pelbagai saiz-saiz shot terdapat juga pelbagai jenis shot-shot. Setiap jenis shot juga memberi pedoman kepada penonton dan memberi pemahaman yang mudah kepada peristiwa-peristiwa yang digambarkan di screen.

Contoh jenis-jenis shot ialah eye level shot, high angle shot, low angle shot, over shoulder shot di belakang salah seorang dari dua orang yang sedang berbual dan sebagainya.

Saiz shot-shot dalam penggambaran video atau filem;



Wide shot(WS); Dikenali juga sebagai general view, very long shot, extreme long shot atau cover shot. Biasa digunakan dipermulaan babak atau rakaman sebagai memperkenalkan babak(scene) dan untuk memberi kefahaman kepada penonton. Shot ini boleh dibiarkan dalam keadaan statik(still) atau bergerak(moving) asalkan ia dapat memberi kefahaman kepada penonton. Shot ini amat penting kepada penonton. Pada subjek manusia ia merupakan subjek yang dirakam serta juga keseluruhan latar belakang(background).



Long shot(LS); Shot ini juga dikenali sebagai full shot. Shot yang memberi perhatian khusus kepada subjek yang dirakam dan juga memisahkan subjek dari background. Shot ini lebih kecil dari wide shot. Pada subjek manusia ia merupakan bahagian dari hujung kaki ke hujung rambut.


Medium Shot(MS); Ia juga sering dipanggil sebagai mid shot dan juga dikenali sebagai waist shot. Shot yang memberi perhatian yang lebih khusus dengan meninggalkan sebahagian daripada subjek yang dirakam. Memberi tumpuan kepada perkara tertentu. Pada subjek manusia ia merupakan bahagian antara paras pinggang ke atas.



Close up shot(CU); Satu shot video yang paling bernilai yang menunjukkan yang lebih terperinci atau pada subjek muka manusia ia memperlihatkan air muka seseorang. Ukuran shot ini pada subjek manusia ialah diantara ruang atas kepala hingga sedikit dibawah bahu.




Extreme Close up(ECU); Shot ini juga dikenali sebagai big close up(bcu). Ukuran shot yang lebih tight dan memberikan pandangan yang lebih mendalam dan lebih terperinci lagi. Ia memberikan kesan yang lebih mendalam kepada penonton. Pada subjek manusia ia merupakan bahagian antara dahi dan bawah mulut atau bahagian mata sahaja atau bahagian mulut sahaja.








Thursday, December 13, 2007

ISYA 2007

Hari ini 13 Disember 2007;
Video ISYA 2007(International School for Young Astronomers) telah dapat disiapkan penyuntingannya untuk ANGKASA, MALAYSIA. Diharap apa yang telah disunting tersebut memuaskan hati semua.

Monday, December 10, 2007

EMAS...EMAS...EMAS....

Hari ini 10 Disember 2007;

Rakaman video Syarahan Perdana oleh Prof. Dr. Wan Fuad Wan Hassan berjudul "Khersonese Emas" telah dirakam di Bilik Senat UKM, jam 9.00 pagi. Rakaman tersebut telah dibuat oleh Ramli Adnan dari Pusat Penerbitan, UKM.

Emas, pemintaannya melebihi bekalan. Emas banyak kegunaannya selain sebagai hiasan, ia juga digunakan dalam pembinaan litar-litar elektronik tertentu. Proses perlombongannya sukar yang menyebabkan harganya mahal selain sifat-sifatnya istimewanya yang lain. Antara pembekal utama emas dunia ialah Afrika Selatan, USA dan Australia. Ptolemy telah menulis berkaitan Semenanjung Emas (Aurum Khersonese) iaitu Tanah Melayu pada abad kedua Masehi. Di Tanah Melayu taburan emas boleh didapati di sepanjang bahagian tengah dan timur Semenanjung Tanah Melayu.

Sunday, December 9, 2007

MAJLIS SANTAPAN DIRAJA

HARI SABTU 8 DIS. 2007;

Jam 9.00 pagi telah tiba di Studio UKM untuk membuat persiapan teknikal, raptai pentadbiran (10pagi) dan raptai penuh (2.00 ptg), Majlis Santapan DiRaja sempena pelacaran Kerusi Tun Abdul Razak. Pemasangan kabel kamera pemeriksaan peralatan dalam studio telah dilakukan. Menjadi perkara biasa berlaku sedikit masalah dalam melakukan tugas berkenaan. Antaranya ialah imej di plasma untuk tayangan multimedia tidak menunjukkan warna yang sebenarnya. Akhirnya masalah dapat diselesaikan dimana telah didapati seutas kabel VGA telah mengalami kerosakan. Semasa persiapan teknikal untuk raptai, kakitangan unit lain telah membantu sama iaitu Ahmad Yunus Misdi dari Fakulti Kejuruteraan, Muhammad Khaidir dari Unit Percetakan dan Zulhimi Hamzah dari FTSM telah turut membantu.


Pada sebelah malam semasa majlis berlangsung beberapa orang lagi kakitangan jabatan lain telah turut membantu iaitu Zulhairi Midon, Jamaludin Saleh, Sulimi Ismail, Muhamad Hata dan Ismahashimi. Kebanyakan daripada mereka bertugas sebagai jurukamera yang menerima arahan dari konti studio.


Tuanku Canselor dan Timbalan Perdana Menteri, diantara yang hadir dalam majlis berkenan. Ucapan Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak telah menyampaikan ucapan dan ucapannya telah dipancarkan oleh RTM secara langsung ke seluruh negara.


Antara artis jemputan yang membauat persembahan semasa majlis santapan berkenaan ialah Hail Amir, Uji Rashid, Jeffrydin, Aishah, serta penyanyi dan penari dari Pusat Kebudayan UKM.

Thursday, December 6, 2007

THREE POINT LIGHTING


Cahaya amat penting dalam aktiviti rakaman video. Jika tiada cahaya rakaman yang dilakukan menjadi tidak bermakna melainkan jika tajuk rakaman tersebut ialah "Malam Yang Gelap Tanpa Bintang', itu cuma gurauan je......... Terdapat beberapa teknik pencahayaan dalam penggambaran video daripada berbilang lampu hinggalah yang paling ringkas. Teknik yang ringkas ialah "Three Point Lighting".

'Three Point Lighting' merupakan teknik pencahayaan yang ringkas dalam penggambaran video. Untuk membina teknik pencahayaan ini, pertama sekali letakkan sebuah lampu video yang dipanggil KEY LIGHT dihadapan subjek dengan sudut 45 darjah menunduk ke bawah ke arah subjek dan dihadapan subjek disebelah kanan(seperti dalam rajah). Jika hanya wujud cahaya KEY LIGHT maka akan terdapat bayang yang kuat(hard shadow) terbentuk disebelah muka yang satu lagi(kiri muka).

Untuk mengurangkan bayang(hard shadow) ini maka satu lagi lampu yang dipanggil FILL LIGHT yang memancarkan cahayanya ke reflector atau dinding yang bertindak sebagai 'reflector', digunakan. Cahaya yang dipantul akan melembutkan(soften) bayang subjek(bayang yang dihasilkan oleh KEY LIGHT). FILL LIGHT juga boleh menggunakan 'filter' menggantikan dinding atau 'reflector' yang boleh menghasilkan 'diffuse light'.

Sebuah lagi lampu boleh diletakkan di bahagian atas, di belakang subjek untuk menghasilkan garisan cahaya putih disekeliling subjek serta juga berfungsi untuk memisahkan subjek daripada 'background'.

Sunday, December 2, 2007

SELAMAT PENGANTIN BARU HAFIZ & ZAIDAH






Selamat Pengantin Baru kepada Mohd Hafiz Yusof dan Zaidah Zainudin. Mereka telah melangsungkan perkahwinan pada 2 Disember 2007 di Tanjung Karang, Selangor. Majlis akad nikah telah dilaksanakan sebelum Zohor di sebuah masjid yang terletak berhampiran rumah pengantin perempuan. Kedua-dua mempelai merupakan mereka yang amat banyak membantu dalam tugas penerbitan video atau multipple cameras production di Studio UKM, DECTAR. Pengantin perempuan bertugas di Jabatan Bendahari, UKM sementara pengantin lelaki merupakan bekas kakitangan Unit Percetakan, Pusat Penerbitan dan Percetakan, UKM. Sekarang beliau bertugas di MARDI. Sekali lagi diucapkan selamat pengantin baru semoga kekal sehingga ke akhir hayat, aminnn....

Saturday, December 1, 2007

JADUAL RAKAMAN VIDEO DIS 07

DISEMBER 2007

1. Perasmian Seminar IKON; Bilik Senat, UKM; Sabtu, 1 Dis. 2007, 8.00 pagi

2. Perasmian Sukan Badan Berkanun; Stadium UKM; Sabtu, 1 Dis. 2007, 8.00 mlm

3. Acara Sukan Badan Berkanun; Kampus UKM, Bangi; Ahad, 2 Dis. 2007, 8.00 pagi

4. Majlis Makan Malam Sukan Badan Berkanun; Dataran Gemilang, UKM; Selasa, 4 Dis. 2007, 8.00 mlm
5. Majlis Anugerah Sarjana Bestari Ke-2; Hotel Equatorial, Bangi; Rabu, 5 Dis. 2007, 8.00 mlm
6. Jamuan Deepavali; Bankuasi, UKM; Khamis, 6 Dis. 2007, 12.00 tghari

7. Seminar Pantun; Dewan Persidangan PPP, UKM; Khamis dan Jumat, 6 - 7 Disember 2007, 8 pagi
8. Majlis Jasa Mu Dikenang; Hotel Equatorial; Jumaat, 7 Disember 2007, 3.00 petang

9. Majlis Penutup Suakan Badan Berkanun; Stadium UKM, Bangi; Sabtu, 8 Dis. 2007, 3.00 ptg
10. Majlis Santapan DiRaja; DECTAR, UKM,Bangi; Sabtu, 8 Dis. 2007, 8.00 mlm

11. Perasmian Seminar Biokejuruteraan; Kelab Golf Danau, UKM, Bangi; Sabtu, 8 Dis. 2007, 8.00 pagi
12. Syarahan Perdana Prof. Dr. Wan Fuad Hassan; Bilik Senat, UKM, Bangi; Isnin, 10 Dis. 2007, 8.000 pagi
13. Majlis Perletakan Batu Asas Pusat Penyelidikan Tasik Chini; Tasik Chini, Pahang; Sabtu, 15 Dis. 2007, 3.000 ptg (DITUNDA)